Atlet Paralimpik Maut Kemalangan Dalam Perlumbaan

RIO DE JENAIRO – Seorang pelumba Paralimpik Iran meninggal dunia selepas kemalangan dalam perlumbaan jalan raya pada hari kedua terakhir temasya itu, kata seorang pegawai.

 

‎Kejadian yang berlaku di Rio de Janeiro semalam membabitkan pelumba Bahman Golbarnejad, 48 yang jatuh dan meninggal dunia akibat kecederaan dialaminya selepas dibawa ke hospital‎.

 

“Malangnya dia meninggal dunia,” kata jurucakap Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa, Craig Spence memberitahu AFP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.