Man United Sediakan Ahli Psikologi Rawat Luke Shaw

MANCHESTER United dilapor menawarkan khidmat ahli psikologi kepada Luke Shaw bagi memulihkan tekanan yang dihadapi pemain itu selepas kaki kanannya patah dua dalam perlawanan menentang PSV Eindhoven.

 

Pemain berusia 20 tahun itu kini berada dalam keadaan stabil selepas menjalani pembedahan oleh dua pakar ortopedik dan pakar trauma selepas perlawanan di Belanda itu.

 

Difahamkan, pemain pertahanan bernilai £28 juta itu akan menjalani pembedahan kedua di Belanda pada Jumaat sebelum dibawa pulang ke Manchester hujung minggu ini.

 

Akibat kecederaan berkenaan, pemain England itu mungkin terpaksa melupakan baki saingan Liga Perdana Inggeris musim ini dan aksi Euro 2016.

 

“Pemulihan awal yang akan dihadapi oleh Shaw ialah dari segi mental dan bagaimana untuk dia melupakan mimpi ngeri itu.

 

“Ahli psikologi juga akan disediakan untuknya jika diperlukan – untuk membantu dia memulihkan tekanan mental sebelum kembali menyertai pasukan,” dedah sumber di Old Trafford. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.