Siri Jelajah Untuk Hargai Sokongan Peminat, Bukan Kehendak Peribadi

New Delhi – Dalam masa terdekat, Shahrukh Khan bakal memulakan siri jelajah di beberapa tempat terpilih seluruh dunia untuk mempromosikan filem terbarunya, Happy New Year bersama pihak produksi. Bermula pada akhir bulan September ini, bintang Bollywood berusia 49 tahun itu akan memulakan siri jelajah di Houston, Amerika Syarikat.

Namun tersebar khabar kurang enak yang mendakwa jelajah tersebut dianggap projek Shahrukh Khan yang agak keterlaluan selain ego yang cuba memenuhi keinginan diri sehingga menyusahkan ramai pihak termasuk pihak produksi filem itu sendiri.

Jelas Shahrukh Khan, siri jelajah tersebut adalah hadiah istimewa buat para peminatnya yang sentiasa memberi sokongan penuh terhadap karier lakonannya sejak dahulu lagi.

“Jelajah tersebut bukanlah kerana kehendak saya semata-mata. Ianya lebih kepada mempromosikan filem dan secara tidak langsung dapat mendekatkan diri dengan peminat.

“Tujuan utama siri jelajah ini diadakan adalah untuk menghargai para peminat yang tidak henti-henti memberi sokongan penuh terhadap karier saya sejak dahulu lagi. Ini adalah salah satu cara untuk saya membalas semula jasa baik mereka selain mengucapkan terima kasih,” ujar Shahrukh Khan seperti dipetik menerusi Indian Express.

Antara rakan artis yang turut sama menjayakan siri jelajah tersebut termasuklah Deepika Padukone, Abhishek Bachchan, Boman Irani, Sonu Sood Dan Mahduri Dixit. Slam The Tour ini bakal mengelilingi Amerika Syarikat, Kanada dan beberapa tempat di Eropah di mana ianya bakal berakhir di kota London.

Sedang Shahrukh Khan dan rakan-rakan artis sibuk mengelilingi dunia, pihak produksi filem Happy New Year terpaksa bertungkus lumus membuat persediaan rapi supaya ianya dapat ditayangkan tepat pada tarikh yang telah ditetapkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.