Jual Produk Online: Ingin Jadi Hitam Manis Dan Kacak Seperti KJ

Kuala Lumpur – Menteri Belia dan Sukan, Khairy Jamaluddin menjadi mangsa peniaga atas talian setelah bertindak memuat naik status berunsur jenaka.

Khairy atau lebih mesra dipanggil KJ memberi ‘peringatan’ kepada penjual produk yang sering kali menumpang mempromosi produk di ruangan komennya yang dirasakan tidak sesuai dengan status yang dimuat naik olehnya.

“Cara terbaik untuk menjual produk atau mempromosi perkhidmatan anda bukanlah dengan membanjiri ruangan komen FB orang lebih-lebih lagi bila status update (dimuatnaik) tidak ada kena mengena dengan benda yang anda nak jual tu. Tambah meluat kompom (pasti).

“Sekadar reminder (peringatan) ye. Haha. Dah malas delete (padam) iklan bagai…,” tulis KJ sebagai tanda sinis di Facebooknya baru-baru ini.

Bagaimanpun, status yang disifatkan peringatan itu bertukar jenaka apabila salah seorang daripada pengikutnya terus mempromosi produk dengan menggunakan nama KJ sebagai produk utamanya.

“Ingin menjadi hitam manis seperti KJ? Ingin menjadi kacak seperti KJ? hanya 3 kali sapuan sahaja di Muka. PM (mesej peribadi) saya untuk produk terhebat ini!!! Produk sudah lama di pasaran dunia tapi baru sekarang masuk Malaysia.. stok terhad!! PM saya untuk keterangan lanjut,” tulis pemilik akaun Facebook, Abdul Budin pada status KJ.

Sementara itu salah seorang pengguna media sosial membidas tindakan Khairy yang gemar memuatnaik status yang tidak sesuai dengan jawatan yang disandangnya.

Menurutnya tindakan KJ itu tak ubah seperti budak-budak yang inginkan ‘glamour’ dan perhatian.

Khairy Jamaluddin

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.