Ibadah Haji : Rakyat Qatar Mula Memasuki Tanah Arab

RIYADH – Bakal jemaah haji Qatar mula memasuki Arab Saudi selepas Riyadh membuka kembali sempadannya dengan negara itu.

Menurut AFP, Pintu sempadan Salwa ditutup sejak Jun lepas ekoran perbalahan diplomatik sebelum ini yang menyaksikan Riyadh dan sekutunya di rantau Arab memutuskan hubungan dengan Doha.

Krisis itu melibatkan tuduhan Qatar menyokong pengganas, lapor RTM.

Stesen televisyen Arab Saudi melaporkan kira-kira 120 rakyat Qatar merentasi tanah jajahan Arab Saudi selepas Raja Salman memerintahkan lintasan Salwa dibuka kepada jemaah dari negara berkenaan.

Dalam pada itu pihak Qatar mengalu-alukan langkah tersebut.

Perkara itu disampaikan Menteri Luar Mohammed bin Abdurahman Al-Thani semasa ditemui pemberita ketika kunjungan ke Stockholm.

Beliau bertegas walau apa pun cara rakyat Qatar dihalang memasuki Arab Saudi, yang penting kini adalah mereka dibenarkan menunaikan haji.

Qatar kekal dengan tuntutannya agar ibadah haji tidak dipolitikkan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.