4 Ditahan Bocorkan Episod Siri TV Game Of Thrones

MUMBAI – Empat orang telah ditahan di India kerana membocorkan satu episod dari siri televisyen “Game of Thrones” sebelum dijadualkan untuk siaran di negara ini, kata pihak polis.

Menurut AFP, siri TV yang paling banyak kali dicetak rompak dalam sejarah TV, drama fantasi yang popular ini telah dilanda kebocoran dalam beberapa minggu kebelakangan ini selepas tayangan perdana musim ketujuh, lapor RTM.

Selepas menerima aduan dari sebuah syarikat “kami menyiasat kes itu dan telah menahan empat orang untuk keluaran penerbitan yang tidak sah untuk episod keempat dari musim ketujuh,” kata Timbalan Pesuruhjaya Polis Akbar Pathan.

Beliau berkata empat orang yang dituduh melakukan pecah amanah jenayah dan kesalahan yang berkaitan dengan komputer – akan ditahan sehingga 21 Ogos untuk bantu siasatan.

Kes itu difailkan oleh sebuah syarikat yang berpusat di Mumbai yang bertanggungjawab untuk menyimpan dan memproses episod TV untuk aplikasi, kata media tempatan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.