Poster Tidak Tutup Aurat Undang Ghairah Seks – Exco Kelantan

KOTA BHARU – Poster model yang tidak menutup aurat akan mengundang keinginan seksual bagi mereka yang melihatnya, demikian menurut Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan Kelantan, Datuk Abdul Fattah Mahmood.

 

Beliau berkata, larangan poster yang memaparkan imej tidak menutup aurat di negeri ini adalah wajar.

 

Katanya, membenarkan poster seumpama itu dipamerkan akan membawa kepada aktiviti yang tidak sihat.

 

“Sebab itu kami mengambil keputusan untuk mengharamkan poster yang menunjukkan wanita memakai bikini atau yang tidak berpakaian sopan.

 

“Ia termasuk dalam syarat-syarat yang ditetapkan oleh semua pihak berkuasa tempatan sejak beberapa tahun,” katanya kepada pemberita.

 

Abdul Fattah berkata demikian ketika diminta mengulas mengenai dua ahli perniagaan bukan Melayu yang dikenakan saman selepas mempamerkan poster model tanpa tudung. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.