Rakyat Malaysia Terbunuh Dalam Letupan Di Bangkok

BANGKOK – Kematian akibat letupan bom di kuil Erawan pada Isnin mungkin telah meragut nyawa rakyat Malaysia yang kelima, selepas pasukan carian menemui sebahagian daripada tangan di tapak letupan.

 

Lim Su See, 52, yang mempunyai hubungan dengan empat lagi rakyat Malaysia yang maut, berada dalam senarai mangsa yang hilang kerana mayatnya masih belum dijumpai.

 

Walau bagaimanapun, pasukan penyelamat telah menemui bahagian tangan di mana seorang ahli keluarganya berkata ia dilihat berkemungkinan tangan Su See.

 

“Mereka telah mengambil sampel DNA tangan itu. Hasilnya akan keluar esok,” kata saudara Su See, Khaw Wi Kai, 33, ketika ditemui di bahagian forensik Hospital Polis Negara di sini pada Selasa.

 

Empat rakyat Malaysia yang disahkan meninggal dunia adalah Lee Tze Siang dan anak perempuannya, Lee Jing Xuan, serta Lim Saw Gek dan Neoh Jai Jun.

 

Kedutaan Malaysia juga mengesahkan bahawa tiga rakyat Malaysia telah cedera dalam kejadian itu. – mstar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.

Do NOT follow this link or you will be banned from the site!