Selangor Akan Dikenali Sebagai Darul Babi – Ridhuan Tee

Oleh : Ridhuan Tee Abdullah

Ketika berbual dengan orang Pas mengenai politik Negeri Selangor, mereka berkata, “walau apa pun berlaku dalam PR, Pas takkan keluar, jika Pas keluar, Umno akan menang”.

Sama ada Pas mahu berada ataupun keluar pakatan, itu hak mereka. Persoalannya, kenapa setiap kali memberikan jawapan, mangsanya adalah Umno? Jahat sangatkah Umno ini?

Adakah kewujudan Pas selama ini semata-mata kerana Umno? Bukanlah Pas wujud atas dasar prinsip dan tanggungjawab mahu menegakkan Islam? Janganlah terlalu bermusuh dengan Umno, tidak ada untungnya kepada Islam.

Kewujudan Hamas di Palestin pun begitu, ditubuhkan atas dasar prinsip dan tanggungjawab. Yahudi Zionis boleh datang dan pergi. Tetapi Hamas perlu wujud untuk mempertahankan Islam.

Saya tidak fikir Hamas wujud kerana Yahudi Zionis semata-mata. Kita perlu jelas dalam hal ini. Apakah Pas dan Hamas akan dibubarkan selepas tumbangnya Umno dan Yahudi Zionis? Bertindaklah atas prinsip apa yang benar, apa yang salah, dari sudut kaca mata agama.

Bukannya siapa benar, siapa salah. Jika ada kebaikan Umno, terimalah hakikat. Begitu juga sebaliknya, jika Umno salah, tegurlah dan lawanlah. Tetapi jangan terus wujudkan blaming culture. Jangan kerana Umno, kita menjadi gelabah.

Musuh sebenar Pas adalah ultra kiasu bukan Umno. Ultra kiasu awal-awal sudah menentang Islam dan perjuangan Islam Pas. Mereka sudah memberikan amaran, jika Pas menerima Khalid (MB Selangor) sebagai ahli parti, Pas adalah pengkhianat dan tidak bermaruah.

Apakah Pas tidak faham mesej ini? Ultra kiasu kini bukan sahaja anti Islam, pada masa sama sangat bongkak dan sombong. Tidak boleh dikritik langsung, serta-merta mereka mahu saman, seperti yang berlaku kepada Ketua Pemuda Pas.

Sepatutnya Pas jawab, “ada aku kisah, nak saman, samanlah”. Jangan bagi muka sangat kepada ultra kiasu. Mereka sudah pijak kepala.

Pesta bogel baru-baru ini adalah cabaran kepada Pas dan umat Islam. Ultra kiasu nampaknya tidak begitu serius untuk memeranginya, kerana mereka adalah penyokong tegar hak asasi manusia, seperti LGBT. Lagipun memakai pakaian pendek, ketat dan seksi sudah jadi budaya, termasuk kita juga. Jika bogel itu dibenarkan, saya kira ramai yang akan berbogel nanti, termasuk di jalanan.

Saya sangat teruja dengan pemimpin di India. Sila baca berita bertajuk Indian minister calls for Goa beach bikini ban lebih sebulan lalu. Menteri di sana mahu mengharamkan pemakaian bikini kerana ia penyumbang kepada maksiat, cabul dan rogol. Pemakaian seksi sebegini juga mahu diharamkan di pusat-pusat hiburan. Jika negara India begitu berani mempertahankan jati dirinya, kenapa tidak kita?

Jangan biarkan ultra kiasu bermaharajalela dengan program maksiatnya. Nanti akan turun bala daripada ALLAH SWT. Sangat meloyakan apabila melihat pakaian pramugari tambang murah yang begitu seksi, manakala pakaian pramugara, begitu menutup sekali. Dunia sudah terbalik.

Justeru, Pas perlu sensitif dengan isu sebegini. Ultra kiasu sudah tidak kenal halal haram. Misalnya, projek penternakan babi bersepadu, bernilai RM100 juta yang masih belum dilaksanakan, juga antara faktor utama mereka begitu marah kepada Khalid.

Saya bimbang, jika projek ini dibenarkan, Selangor akan dikenali sebagai darul babi. Terlalu banyak ladang babi di Selangor, selain Seberang Prai, Perak, Melaka dan Johor, yang telah menimbulkan ketidakselesaan penduduk, terutamanya berhampiran kawasan orang Islam.

Adakah kita sudah lupa virus nipah (JE), yang telah mengorbankan nyawa manusia? Ultra kiasu ternak, yang kena bahaya dan tempiasnya orang Islam.

Justeru, saya bersetuju dengan idea Khalid, Kerajaan Selangor boleh terus ditadbir, walaupun hanya dengan empat Exco Pas. Kerajaan Selangor boleh berjimat dengan mengurangkan exco. Sudah tentu beban Pas bertambah. Baru buat kerja namanya.

Saya amat yakin, Pas, selepas PRU13 bersetuju Adun PKR menjadi MB Selangor dahulu disebabkan Khalid yang menjadi pilihan. Justeru, berkhidmatlah di bawah Khalid demi Selangor tercinta. Tidak perlu menyalahkan Umno lagi.

8 thoughts on “Selangor Akan Dikenali Sebagai Darul Babi – Ridhuan Tee

  • August 18, 2014 at 11:04 pm
    Permalink

    Saya setuju doktor,rakyat selangor mesti bertindak rasional pilih terbaik ditangan rakyat selangor untuk negeri mereka yang terbaik Allah suka,nabi pun suka. Pakatan Rakyat di bawah Tansri Khalid baik perancangannya tpi ada saja penghalangnya.Tpi sekarang Tansri Khlid da dipecat dari Pakatan rakyat baik masuk barisan Nasional.Moga2 rakyat selangor ubah pemikiran mereka untuk selangor kaya kerana ekonominya.

    Reply
  • August 19, 2014 at 7:30 am
    Permalink

    Betul ker ridhuan tee…kalau tski masuk umno lagi lah teruk maruah dia..pr tak macam umno…berjuang semata2 dunia…riduan tee…awak ni tak celik lagi ni..cuba buat statistik negeri2 yang bela babi….sedap2 mulut cakap selangor darul babi..saya anak selangor…walau bn ker , pr ker memerintah tak pernah 2 2 pihak cakap darul babi..ko sorang jer

    Reply
    • August 19, 2014 at 11:58 am
      Permalink

      bila ditegur terasa sangat… mmg pun semua negeri ada babi. tetapi kenapa teknologi babi moden ni tak buat di penang dulu? kenapa sepang? ataupun singapura dulu. kenapa selangor ajer?

      Reply
      • August 19, 2014 at 12:26 pm
        Permalink

        tu la pasal…nape selangor…?? mcm da xde teknologi lain da yg nak dibangunkan…mase bn dulu, bukak kilang arak…x kan time pr plak nak ternak babi besar2an…nape selangor je yg diorg berebut kuase….pegi la berebut kuase kat penang…tgok plak ape respon pemerintah penang…

        Reply
  • August 19, 2014 at 11:34 am
    Permalink

    taktik mengadu domba menggunakan perkara yg dibenci melayu, contohnya babi dan arak amat popular dikalangan orang mcm riduan tee. hak orang bukan islam bela babi dgn teknologi bersih dan minima kumbahan akan juga mengurangkan risko penyakit kpd semua termasuk melayu dan bukan melayu. bukalah mindamy sdr Riduan!

    Reply
  • August 19, 2014 at 12:22 pm
    Permalink

    Pd pemerhatian saya, saya amat bersimpati dgn org2 Selangor. Knape? Sebab, Selangor sekrg spt berada dalam kucar-kacir. Orang-orang besar merebut jawatan, tapi rakyat terabai. Kan isu air senyap. Sebab pemimpin-pemimpin di Selangor sibuk nak kerusi MB. Keperluan rakyat?

    Lagi satu, kalau kita amati betul-betul huru-hara di Selangor dibangkitkan bukan oleh anak jati Selangor. Ianya orang luar yg menumpang di Selangor. Dahlah menumpang, lepas tu nak sapu pulak harta benda tuan rumah. Cuba kita lihat negeri-negeri lain yang ditadbir oleh anak jati negeri tersebut, ada masalah tak? Jadi ironinya, Selangor telah dijajah oleh orang luar, bukan diselia oleh anak jati Selangor. Orang-orang ini akan libas mana-mana anak jati Selangor yang hendak melawan mereka.

    Sidang-sidang media yang diadakan oleh mereka, ada tak dikalangan orang-orang Selangor. Yang ada siapa, Lim GH (orang Melaka), Anwar (Permatang Pauh), Ahmad Sabu (dari mana aku tak tau, tak ambil port pun, tapi dia bukan Selangorean), Kit Siang (cina bukit mana tah).

    Adun-Adun di Selangor pun bukan 100% orang Selangor. Sebab tu mereka ni berani tunjuk taring sebab orang-orang Selangor tak boleh buat apa-apa beb.

    jadi orang Selangor, fikir-fikirkan lah ya.

    Reply
  • August 19, 2014 at 12:43 pm
    Permalink

    tolong faham apa yg dr nk sampaikan…..bila x faham, keluarlah komen yg menampakan kebodohan kalian. sokonglah dengan mata hati….jgn sokong membuta tuli… kalau salah, katakan salah…Jgn disebabkan pemimpin sahkan ia betul….anda mengikut telunjuk pemimpin anda walaupun jauh dlm diri anda sedar..ITU SALAH…

    Jadilah penyokong yang celik hati…Buka minda…tengok sekeliling…. Jgn terperangkap dlm politik smpai anda membetulkan apa yg terang2 salah…. Kesimpulannya = semua salah UMNO (Ayat org PR suka…hemmm….muhasabah diri x nak….salah orang jugak yg diintai…)

    Reply
  • August 21, 2014 at 8:12 am
    Permalink

    Saya sokong ridhuan tee!!!!!

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.