Polis Keluarkan Waran Tangkap Terhadap Surendran Kerana Kenyataan Berbaur Hasutan

Shah Alam – Polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap Ahli Parlimen Padang Serai, N. Surendran yang juga merupakan peguam Datuk Seri Anwar Ibrahim dalam kes rayuan Liwat 2.

Waran tangkap itu dikeluarkan ekoran dakwaan beliau mengeluarkan kenyataan berbaur ‘hasutan’ berhubung perbicaraan rayuan kes liwat 2 terhadap Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

“Polis telah mengeluarkan waran tangkap terhadap YB N Surendran, peguam DS Anwar Ibrahim dalam kes rayuan fitnah 2.

“Beliau akan dihadapkan ke mahkamah Jalan Duta esok, Selasa 19hb Ogos jam 9.00 pagi di bawah Akta Hasutan kerana mengeluarkan kenyataan bahawa kes Fitnah 2 adalah satu konspirasi politik terhadap Anwar yg melibatkan Datuk seri Najib Razak,” kata notis media yang dihantar.

Walau bagaimanpun pihak kami tidak mendapat sebarang pengesahan bila waran itu diserahkan dan sama ada Surendran ketika ini ditahan polis atau sebaliknya.

Surendran yang juga merupakan Naib Presiden PKR dilaporkan telah menerima panggilan dari seorang pegawai penyiasat polis, dan dimaklumkan bahawa waran tangkap telah dikeluarkan terhadapnya.

Pihak polis juga belum lagi mencatatkan sebarang kenyataan dari Surendran.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.