Permohonan Mengadap: Sultan Titahkan, Khalid Tunggu Sehingga Baginda Pulang

Shah Alam – Pihak Istana Alam Shah hari ini mengesahkan telah menerima dan mempersembahkan kepada Sultan Selangor permohonan menghadap Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Setiausaha Sulit Sultan, Datuk Mohamad Munir dalam surat itu menyatakan, Abdul Khalid memohon menghadap bagi menjelaskan senario terkini politik negeri Selangor dan kedudukan beliau sebagai Menteri Besar.

Tambah Munir, permohonan berkenaan telah dipersembahkan kepada Sultan dan Abdul Khalid telah dititahkan agar menunggu sehingga keberangkatan pulang baginda untuk menghadap.

Permohonan Abdul Khalid tersebut dipercayai susulan keputusan mesyuarat pimpinan tertinggi Pas Pusat yang antara lain menyatakan parti itu menarik kembali sokongannya kepada beliau.

Selain itu Pas Pusat turut mencadangkan nama Presiden Parti Keadilan Rakyat (PKR), Datin Seri Wan Azizah dan timbalan beliau, Azmin Ali untuk menjawat jawatan Menteri Besar.

Bagaimanapun, Azmin semalam dilaporkan menarik diri daripada pencalonan beliau.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.