Menantu Lapan Anak Rogol Ibu Mertua Di Sibu

Sibu – Seorang lelaki berusia 42 tahun ditahan polis setelah dia dilaporkan merogol ibu mertuanya sendiri pada Jumaat lalu, lapor Borneo Post.

Suspek yang merupakan seorang pengganggur dan bapa kepada lapan anak berusia dari satu hingga 20 tahun, dikatakan telah pergi ke rumah mangsa yang berusia 69 tahun itu yang terletak di sebelah rumahnya di Kampung Jeriah, di sini.

Kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang, mangsa dikatakan sedang duduk di ruang tamu sambil mengenakan kain sarung sahaja, kata sumber polis.

Suspek dikatakan terus menyerang mangsa sambil menolaknya ke lantai dan menutup mulut mangsa apabila mangsa cuba menjerit.

Portal berkenaan turut melaporkan suspek mempunyai rekod pengambilan dadah dan jenayah pecah rumah.

Beliau dipercayai melakukan perbuatan tersebut disebabkan khayal akibat pengaruh dadah.

Ahli-ahli keluarga mangsa kemudiannya membawa mangsa membuat laporan polis pada jam 10.30 malam kelmarin tanpa pengetahuan suspek.

Tambah Borneo Post, satu unit polis D7 yang diketuai Inspektor Fazirul menyerbu masuk ke rumah suspek pada jam 2 pagi Ahad sebelum menahannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.