Masyarakat Terharu Membaca ‘Surat Aqeef’, Budak Lelaki 10 Tahun Untuk Israel

Kuala Lumpur – Seorang murid sekolah berusia 10 tahun yang dipercayai dari Sekolah Kebangsaan Setiawangsa, Aqeef telah menulis sepucuk surat rayuan kepada Israel agar menghentikan serangan terhadap Palestin.

Surat tersebut mengandungi lima sebab mengapa Israel harus menghentikan peperangan dengan Palestin itu amat menyentuh hati sesiapa yang membacanya.

Apa yang menariknya, surat karangan Aqeef itu kemudiannya dimuatnaikan melalui media sosial yang kemudiannya mendapat pujian dan maklumbalas yang positif dari pelbagai lapisan masyarakat.

Hebat, tahniah Aqeef, Well Said dan sebagainya adalah antara komentar yang diberikan sebagai respon terhadap surat tersebut.

“Ya Allah, menitis air mata saya apabila membaca surat budak lelaki berumur 10 tahun yang turut memahami penderitaan rakyat Palestin” luah Naemah Saari di dalam Facebooknya.

Paling menyentuh perasaan apabila Aqeef di akhir suratnya menyatakan dia turut mempertahankan rakyat Palestin dari penindasan kekejaman regim Zionis.

“Nama saya Aqeef, saya berasal dari Malaysia dan saya bersama-sama rakyat Palestin” ujarnya dia akhir surat tersebut.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.