Krisis MB Selangor: Azwan Ali Mengamuk Di Twitter

Kuala Lumpur – Selebriti popular yang dikhabarkan baru pulang daripada menunaikan umrah baru-baru ini, menafikan membuat kenyataan tidak puas hati berhubung perebutan kerusi Menteri Besar (MB) Selangor yang sedang berlaku.

Tegasnya, dia tidak pernah melontarkan sebarang pandangan berhubung jawatan MB yang turut menamakan adiknya Mohamed Azmin selaku calon pilihan.

“Saya akui, saya ada tweet pasal kepimpinan pemerintahan di Selangor. Dalam tweet saya itu, saya minta pemerintah sekarang ini supaya sedar diri.

“Orang sudah tidak suka, tolonglah letak jawatan. Tetapi, kalau mengenai tidak puas hati Azmin tidak jadi Menteri Besar, memang saya tidak ada tweet,” katanya.

Menurut laporan sebuah portal, Azwan ternyata berang dengan fitnah seorang pengguna yang bernama @pemuda4puchong yang mendakwa Azwan Ali mengamuk, gara-gara abangnya, Azmin tidak dipilih oleh Pakatan Rakyat sebagai MB Selangor.

“Tidak perlulah hendak meroyan atau nak sentap (terasa), kerana Twitter saya adalah hak saya. Saya tak saman mereka pun sudah cukup baik!

“Kepada Pemuda UMNO Puchong, tolonglah bermuhasabah. Jangan pandai-pandai menabur bidaah!” tambahnya lagi.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.