Khalid Mengadap Sultan Selangor, Mohon Perkenan Untuk Bubar DUN

Shah Alam – Spekulasi bertiup kencang bahawa Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mungkin akan terbang ke Budapest, Hungary untuk menghadap Sultan Sharafuddin Idris Shah selepas hilang sokongan majoriti dalam Dewan Undangan Negeri (DUN).

Melalui sistem pesanan ringkas (SMS) yang diterrima, perkara itu kini beredar di kalangan wakil rakyat Pakatan Rakyat.

SMS itu juga mendakwa Khalid mahu mendapat perkenan sultan untuk membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberi laluan kepada pilihan raya negeri

“Dapat maklumat tengah malam tadi, Khalid Ibrahim akan yakinkan DYMM Sultan untuk bubarkan DUN… kemungkinan Khalid akan ke Budapest jumpa DYMM…,” menurut mesej yang dipetik dari Malaysiakini itu.

Spekulasi itu menjadi-jadi selepas Khalid secara tiba-tiba membatalkan perjumpaan bulannnya dengan penjawat awam pagi ini.

Pertemuan itu dijadual berlangsung pada jam 8 pagi dan media hanya dimaklumkan pembatalannya pada 7.44 pagi melalui e-mel.

Manakala menurut satu lagi sumber yang ditemui SuaraTV, Khalid dikatakan akan mengadap Sultan Selangor pada 25 Ogos ini bagi memohon perkenan Tuanku untuk membubarkan DUN Selangor.

“Saya dimaklumkan Sultan Selangor akan pulang dari luar negara pada 23 Ogos (Sabtu) ini, dan pejabat Menteri Besar akan menghantar surat mohon mengadap Tuanku pada 25 Ogos (Isnin).

“Sejurus diperkenankan untuk mengadap, Menteri Besar akan memaklumkan kepada Tuanku untuk membubarkan DUN Selangor bagi membolehkan satu pilihanraya negeri diadakan” katanya kepada SuaraTV.

Menurutnya lagi, apa pun ia terpulang kepada perkenan Tuanku sama ada untuk menerima permohonan Khalid atau menerima permohonan pimpinan Pakatan Rakyat untuk mengadap bagi menukar Menteri Besar.

Setiausaha akhbar kepada menteri besar, Arfa’eza Abdul Aziz (kiri) bagaimanapun menafikan spekulasi itu.

Katanya, Khalid akan terus berkhidmat sebagai menteri besar sehingga sultan berangkat pulang daripada luar negara pada 27 Ogos.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.