Kereta Pengiring Putera Arab Saudi, Diserang Lelaki Bersenjata

Paris – Sekumpulan lelaki bersenjata menyerang kereta pengiring seorang putera Arab Saudi di Paris, dan merompak wang tunai berjumlah 250,000 euro (RM1.056 juta), kata polis Perancis pada Isnin.

Kejadian berlaku di utara Paris ketika kereta pengiring itu dalam perjalanannya dari kedutaan Arab Saudi ke lapangan terbang di Le Bourget.

Polis mengesahkan tiada kecederaan dalam insiden tersebut.

Menurut sumber polis, serangan itu berlaku pada lewat malam Ahad di sekitar Porte de la Chapelle di utara Paris.

Tiada suspek yang ditahan setakat ini.

Menurut akhbar harian tempatan Le Parisien, sekumpulan perompak itu turut mencuri beberapa dokumen yang dikatakan ‘sensitif’.

“Ia merupakan satu serangan luar biasa. Mereka (perompak) seolah-olah sudah dilengkapi dengan maklumat mengenainya. Cara mereka amat jarang dilakukan,” kata sumber polis kepada AFP.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.