BN Selangor Tidak Bersedia Hadapi Pilihanraya Negeri

Kuala Lumpur -Ketika suasana politik Selangor semakin meruncing ditambah pula dengan kemelut percanggahan pendirian antara parti dalam PR sebelum ini, ramai yang merasakan piliharaya negeri (PRN) Selangor adalah merupakan pendekatan yang terbaik bagi menyelesaikan konflik tersebut.

Tambahan pula ada desas-desus yang mengatakan Menteri Besar, Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim akan turut menasihatkan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah agar membubarkan Dewan Undangan Negeri (DUN) bagi memberikan mandat kepada rakyat untuk memilih pemimpin yang dirasakan mampu mengurus tadbir kerajaan negeri dengan baik.

Media sebelum ini juga melaporkan, Abdul Khalid tidak menolak kemungkinan untuk membubarkan DUN sebagai langkah menyelesaikan krisis kepimpinan yang melanda negeri itu.

Beliau bagaimanapun dipetik berkata, segala keputusan akan diambil setelah beliau mendapat nasihat dan perkenan Sultan Selangor.

Malah perkara itu turut diakui oleh bekas Exco DAP, Datuk Teng Chang Khim yang mendakwa yang Abdul Khalid sememangnya berhasrat untuk mengadakan pilihan raya negeri pada November ini.

Teng yang sebelum ini mendakwa memetik sumber-sumber dalaman berkata, ada pihak yang berjumpa dan memberitahunya Khalid memang berhasrat mahu membubarkan DUN.

Beberapa pemimpin DAP sebelum ini turut dilaporkan mencabar Abdul Khalid agar membubarkan DUN dan berdepan dengan pengundi bagi menyelesaikan krisis kepimpinan negeri Selangor.

Ia secara lansung membuktikan Pakatan Rakyat (PR) sememangnya bersedia berdepan dengan sebarang kemungkinan sekaligus yakin akan mampu mengekalkan kerajaan penguasaan di Selangor.

Persoalannya apakah jentera Barisan Nasional (BN) Selangor juga bersedia untuk menghadapi PRN Selangor sekaligus mengambil kesempatan dari kemelut perpecahan yang sedang melanda itu?

Menurut sumber dalaman BN dan UMNO Selangor, parti itu masih tidak bersedia untuk menghadapi pilihanraya.

“Saya dimaklumkan BN dan UMNO Selangor masih belum bersedia untuk berdepan dengan pilihanraya negeri kerana

“Ini kerana jentera di semua peringkat masih tidak yakin kemelut dalaman Pakatan akan mampu mengubah sikap para pengundi” katanya kepada SuaraTV.

Beliau yang enggan dikenali itu berkata, walaupun ada yang percaya sokongan rakyat terhadap parti semakin meningkat namun kemungkinan untuk merampas beberapa kerusi dari pakatan dilihat agak tipis.

Tambahan pula rata-rata pengundi di bandar serta separa bandar masih lagi menjauhi Umno akibat persepsi berkaitan salah guna kuasa, penyelewengan serta pemborosan.

“Rata-rata pengundi yang menyokong pakatan terdiri daripada masyarakat cina, yang dilihat seperti tidak peduli dengan krisis pentadbiran Selangor.

“Sekiranya mereka masih kuat untuk bersama pakatan, harapan BN Selangor agar kabur dan BN mengkin akan kehilangan beberapa kerusi khususnya dikawasan yang berlaku pertindihan antara penyokong PAS dan PKR” katanya lagi.

Pada ketika ini DUN Selangor memiliki 56 kerusi dengan PAS dan DAP masing-masing memiliki 15 kerusi, PKR (13), BN (12) dan Bebas satu kerusi.

Namun saya difahamkan, Umno Selangor masih tidak bersedia untuk menghadapi PRU atau PRN dan atas sebab itu, mereka terpaksa menurut arahan Putrajaya memberikan sokongan kepada Tan Sri Khalid sebagai menteri besar. – See more at: http://www.themalaysianinsider.com/opinion/nur-jazlan/article/krisis-mb-selangor-masa-terbaik-putrajaya-adakan-pru14#sthash.250O282Z.dpuf

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.