Bapa Bunuh Anak Kandung Telepas Hukuman Mati, Kerana Tidak Waras

Kuantan – Seorang pekerja ladang kelapa sawit dibebaskan daripada tuduhan membunuh anak kandungnya di sebuah rumah di FELDA Sungai Panching Selatan di sini, 16 November 2012.

Hakim Mahkamah Tinggi, Datuk Ab Karim Ab Rahman, membuat keputusan itu selepas mendapati tertuduh Mohd Aswadey Ismail, 31, tidak waras ketika melakukan jenayah berkenaan dan tidak mengetahui ia adalah satu kesalahan.

Ab Karim memerintahkan tertuduh dirujuk ke Hospital Permai, Johor Bahru untuk menerima rawatan dan hanya boleh dibebaskan mengikut perkenan dan diberi pengampunan oleh Sultan Pahang, Sultan Ahmad Shah.

Mohd Aswadey didakwa membunuh anak kandungnya berusia 11 bulan di antara jam 9.30 malam hingga 10.30 malam di rumah mereka yang bernombor 146, Felda Sungai Panching Selatan, di sini.

Bagi kesalahan itu, Mohd Aswadey didakwa mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang membawa hukuman mati mandatori, jika sabit kesalahan.

Pada prosiding itu, pendakwaan diwakili oleh Timbalan Pendakwa Raya, Kalmizah Salleh manakala tertuduh diwakili Syed Azimal Amir Syed Abu Bakar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.