Angka Kematian Di Gaza Melebihi 2,000 Orang

Bandar Gaza – Angka kematian di wilayah bergolak Gaza kini melebihi 2,000 orang pada Isnin, kata Kementerian Kesihatan.

Menurut kementerian itu dalam satu kenyataan, sejumlah 2,016 orang terbunuh dan 10,196 lagi cedera.

Tambah kenyataan itu, antara yang maut adalah 541 kanak-kanak, 250 wanita dan 95 lelaki warga emas.

Angka kematian itu melonjak daripada 1,980 selepas sejumlah orang meninggal dunia akibat kecederaan yang dialami mereka ketika mendapat rawatan di beberapa hospital seluruh Gaza, termasuk Kaherah dan Baitulmuqaddis. – AFP

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.