Video: Anak Selangor Tolak Pencalonan Azizah Sebagai MB

Shah Alam – Sekumpulan kecil pemuda yang mendakwa diri mereka anak jati Selangor telah mengadakan tunjuk perasaan membantah pencalonan Presiden PKR, Datin Seri Wan Azizah Ismail sebagai Menteri Besar yang baharu menggantikan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim.

Menurut mereka, demonstrasi aman itu dilakukan untuk meluahkan rasa tidak puas hati kerana tiada anak jati Selangor yang dicalonkan untuk jawatan berkenaan.

Mereka turut menyatakan ketidak yakinan terhadap kemampuan ADUN Kajang itu dan mendakwa beliau tidak menunjukkan kewibawaan sebagai pemimpin baik di peringkat pusat mahupun negeri.

Salah seorang daripada mereka, Kamal Hasbi, 26, turut menyatakan anak-anak muda yang menjadi majoriri pengundi di Selangor mahukan semua pihak menghormati keputusan Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah yang sebelum ini tidak berkenan dengan pencalonan Wan Azizah.

Rakan beliau, Hafiz Saroni, 23, pula menegaskan penolakan pencalonan Wan Azizah oleh ramai pihak bukan sebab gender tetapi kewibawaan beliau sebagai pemimpin selain Undang-undang Tubuh Negeri Selangor yang menetapkan jawatan Menteri Besar dipegang oleh anak watan negeri.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.