4 Jasad Mangsa Nahas MH17 Akan Dibakar Esok

The Hague – Jasad empat mangsa nahas pesawat MH17 akan menjalani upacara pembakaran di Pusat Pengurusan Mayat Monuta Innemee di S Gravenhage, di sini, jam 9 pagi esok.

Perkara itu dipersetujui ketika mesyuarat khas Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Wee Ka Siong bersama wakil syarikat Blake yang terbabit dalam pengurusan jasad mangsa MH17 serta pihak pengurusan rumah mayat di Monuta Innemee.

Mesyuarat bermula jam 11 pagi waktu tempatan itu dilakukan bagi membincangkan langkah diatur bagi upacara pembakaran empat jasad mangsa MH17 di Belanda seperti diminta ahli keluarga mangsa.

Abu jasad mangsa kemudian akan dibawa pulang ke tanah air bersama keranda 18 lagi mangsa nahas itu menggunakan pesawat khas Khamis ini.

Sementara itu, rakyat Belanda terus menunjukkan rasa simpati terhadap kerajaan Malaysia serta mangsa tragedi pesawat MH17 dengan tidak henti-henti meletakkan jambangan bunga di pintu pagar utama kedutaan Malaysia di Belanda sejak sebulan lalu.

Mereka turut meluahkan perasaan sedih di dalam buku peringatan disediakan pihak kedutaan selain menghantar kad ucapan takziah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.