15 Hilang Dalam Kejadian Bot Karam Di Indonesia

Jakarta – Kira-kira 15 pelancong hilang selepas bot mereka karam di kawasan kepulauan timur Indonesia.

Daripada sejumlah 25 penumpang dan anggota kru yang menaiki bot itu, hanya 10 orang berjaya diselamatkan selepas bot itu karam dalam perjalanannya dari Lombok ke kepulauan Komodo.

Menurut seorang penduduk, Suryaman, nasib 15 orang lagi itu masih belum diketahui, yang mempunyai lima anggota kru Indonesia dan 20 rakyat asing.

Bot itu meninggalkan Lombok pada malam Khamis lalu dan karam semalam pada kira-kira jam 7 malam waktu tempatan.

“Kami hanya menerima laporan pada jam 8 pagi hari ini. Nelayan tempatan berjaya menyelamatkan lima orang sebelum pasukan penyelamat tiba,” katanya.

Pihak berkuasa berkata daripada 10 orang yang diselamatkan, dua orang adalah rakyat New Zealand, dua Sepanyol dan seorang dari Britain.

Pengendali syarikat pelancongan itu, Tajudin Sam, berkata bot terbabit mungkin menghadapi cuaca buruk. Perjalanan bot dari Lombok ke Komodo boleh mengambil masa tiga hari. Komodo terkenal kerana biawaknya, yang menarik perhatian ramai pelancong. – Reuters 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.