27 Pemimpin PKR Gesa Anwar Henti Kenyataan Pecah Belahkan Parti

KUALA LUMPUR – Sebagai Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim sepatutnya mempertahankan Timbalannya, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali daripada sebarang tuduhan yang dilemparkan, bukan memaksanya meletakkan jawatan.

Itu adalah pendapat daripada 23 Ahli Majlis Pimpinan Pusat (MPP) dan empat Ahli Parlimen PKR berkenaan kenyataan terbaharu Anwar semalam yang menyatakan bahawa Mohamed Azmin harus meletakkan jawatan sekiranya kesahihan video seks yang menjadi persoalan dibuktikan.

Dalam satu kenyataan bersama, Ahli MPP dan Ahli Parlimen PKR ini berkata, Presiden sewajarnya memberikan kepemimpinan yang jelas terhadap persoalan utama untuk membanteras komplot politik jahat bagi menjatuhkan Mohamed Azmin.

“Kita hairan kerana ketika video fitnah ini ditularkan, beliau telah mengeluarkan pandangan yang berbeza dengan mengatakan bahawa Mohamed Azmin tidak perlu melepaskan jawatannya.

“Justeru berdasarkan penafian tegas YB Timbalan Presiden berkaitan hal ini, Presiden sewajarnya mempertahankan Timbalan Presiden demi memelihara muafakat utuh PKR dan tidak sama sekali cuba menggasir kedudukan Timbalan Presiden dalam kerajaan tanpa sebarang asas yang kukuh,” kata kenyataan itu di sini hari ini.

Tambah kenyataan itu, Anwar wajar menyorot kembali asas perjuangan reformasi di mana seluruh kepemimpinan dan anggota PKR berdiri teguh mempertahankan beliau daripada fitnah jahat yang menggunakan fitnah dan video seks sebagai alat politik biarpun pada tahun 2011, ketika itu Ketua Polis Negara mengumumkan bahawa video seks tersebut adalah tulen.

“Mohamed Azmin secara konsisten telah mempertahankan beliau dan keluarganya selama lebih 20 tahun daripada semua tuduhan ‘gutter politics.’ Maka, kami ingin menegaskan bahawa PKR wajib berdiri teguh dan konsisten menentang politik kotor yang digunakan dalam komplot untuk menjatuhkan Timbalan Presiden.

“Kami akan bersama Mohamed Azmin dan mana-mana pimpinan lain sekiranya mereka diserang dengan cara yang tidak bermoral seperti ini.

“Kami menggesa Anwar selaku Presiden PKR untuk berhenti mengeluarkan sebarang kenyataan yang memecah belah kesatuan parti. Kami menyeru Presiden untuk segera menggembleng perpaduan anggota demi keutuhan PKR, Pakatan Harapan dan negara yang tercinta ini,” katanya.

Berikut adalah senarai MPP dan Ahli Parlimen PKR yang turut serta dalam kenyataan bersama tersebut.

Ahli – Ahli Majlis Pimpinan Pusat :

1. Zuraida Kamaruddin – Naib Presiden

2. Dr. Xavier Jayakumar – Naib Presiden

3. Chua Tian Chang – Naib Presiden

4. Ali Biju – Naib Presiden

5. Haniza Talha – Ketua Wanita / Ahli MPP

6. Datuk Seri Dr. Santhara – Timbalan Setiausaha Agung / Ahli MPP

7. Amirudin Shari – Ahli MPP

8. Datuk Rashid Hasnon – Ahli MPP

9. Sivarasa Rasiah – Ahli MPP

10. Rahimah Majid – Ahli MPP

11. Elizabeth Wong – Ahli MPP

12. Datuk Saifuddin Abdullah – Ahli MPP

13. Zakaria Abdul Hamid – Ahli MPP

14. Mohd Radzlan Jalaludin – Ahli MPP

15. Datuk Dr. Mansor Othman – Ahli MPP

16. Datuk Kamarudin Jaafar – Ahli MPP

17. Azmizam Zaman Huri – Ahli MPP

18. Gan Pei Nei – Ahli MPP

19. Hee Loy Sian – Ahli MPP

20. Lee Kai Loon – Ahli MPP

21. Baru Bian – Ahli MPP / Pengerusi MPN Sarawak (MP)

22. Dr Daroyah – Timbalan Ketua Wanita / Ahli MPP

23. Muhammad Hilman Idham – Timbalan Ketua AMK / Ahli MPP

Ahli – Ahli Parlimen :

1. Steven Choong – MP Tebrau

2. Jonathan Yasin – MP Ranau

3. Willy Mongin – MP Puncak Borneo

4. Maria Chin Abdullah – MP Petaling Jaya -UTUSAN

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.