Najib Persoal Kecenderungan Kerajaan PH Sering Menggandakan Kos Projek Pembangunan

SHAH ALAM – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak menyelar sikap PH yang memberikan jawapan meragukan terhadap kos projek Rel Berkelajuan Tinggi (HSR) yang berganda daripada di unjurkan BN serta kerajaan Singapura.

Najib menerusi Facebook miliknya berkongsi kekecewaan apabila menerima jawapan dari PH terhadap dakwaan mereka bahawa kos HSR adalah RM110 bilion, berganda daripada anggaran RM55 bilion dan RM70 bilion yang sudah diunjurkan oleh BN dan kerajaan Singapura.

Menurutnya, kos baharu projek HSR berkenaan menunjukkan kelaziman PH untuk menggandakan kos projek yang dimulakan BN seperti ECRL dan LRT3 dan mendakwa BN menyembunyikan kos sebenar.

”Mereka kemudian akan mendakwa berjaya mengurangkan kos projek itu kepada separuh dan mendabik dada walhal kos baharu mereka adalah lebih tinggi dari kos asal BN.

”Bagi isu yang sama, ada wakil Kementerian Kewangan hari ini mendakwa kononnya saya mengetahui kos LRT3 adalah pada angka menjulang tinggi RM32 bilion, dan untuk itu saya minta tunjukkan dokumen di mana saya telah meluluskan permohonan tambahan jaminan RM22 bilion dari surat Prasarana bertarikh 30 Mac 2018.

“Tunjukkan buktinya. Padahal, ini hanya satu permohonan yang tidak pernah kerajaan BN dulu bersetuju.

Najib berkata, nampaknya kerajaan PH masih lagi kuat berpolitik dan bukannya menjamin kesinambungan ekonomi bagi masa depan negara.

“Mengapa Kerajaan PH tidak mendedahkan penilaian impak ekonomi projek HSR di mana ia akan menunjukkan manfaat ekonomi serta peluang pekerjaan yang bakal hilang jika projek ini dibatalkan, turut tidak diendahkan oleh Menteri Hal Ehwal Ekonomi yang memilih untuk membuat lawak, daripada menjawab soalan ini.

”Ini bukan satu permulaan yang baik untuk parlimen kerana projek sebesar ini memerlukan jawapan yang sempurna kerana ia memberi kesan kepada jutaan rakyat, beratus ribu pekerjaan, hubungan antarabangsa dan aliran ekonomi masa depan Malaysia.

Najib membuat kenyataan susulan jawapan mengecewakan berkenaan projek HSR dari Menteri Hal Ehwal Ekonomi, Datuk Seri Azmin Ali kepada soalan di Parlimen dari dirinya dan Ahli Parlimen Ayer Hitam, Datuk Seri Wee Ka Siong.

Najib turut berkongsi maklumat berkenaan projek HSR yang merupakan satu tender terbuka antarabangsa yang dipanggil secara bersama oleh kerajaan Malaysia dan Singapura.

Menurutnya, tender berkenaan hanya ditutup pada 28 Disember, 2018 dan pembida yang berjaya akan dinilai dan diputuskan bersama oleh kedua-dua Singapura dan Malaysia.

”Tender itu juga mensyaratkan pembida untuk menawarkan pakej pembiayaan dan kewangan. Berikutan projek HSR adalah sangat kompetitif dan lazimnya pembida akan disokong oleh kerajaan masing-masing.

”Untuk itu, pakej pembiayaan juga sangat kompetitif di mana faedah pada kadar sifar atau 0.1 peratus bukanlah sesuatu yang luar biasa.

Menurutnya, tidak lama dahulu, sebuah syarikat Jepun memenangi projek HSR di India dengan pakej pembiayaan 0.1 peratus faedah bagi tempoh 50 tahun dengan 15 tahun moratorium (atau penundaan pembayaran).

”Projek HSR Malaysia-Singapura yang berprofil tinggi ini menarik perhatian pembida yang agresif dari seluruh dunia.

”Sebab itu, adalah mengecewakan apabila menerima jawapan dari PH terhadap dakwaan mereka bahawa kos HSR adalah RM110 bilion.

Apabila disoal, Azmin Ali hanya mampu menjawab kos RM110 bilion adalah kos anggaran mereka dan ia mencakupi kos tersembunyi yang tidak dihuraikan biarpun tender yang akan diputuskan oleh agensi kedua-dua negara belum ditutup, kos belum dimuktamadkan dan pakej pembiayaan masih tidak diketahui.

”Adakah anda (Azmin) berkata, Kerajaan Singapura menyembunyikan ‘kos terselindung’ ini.

Kementerian Kewangan hari ini mengesahkan kepada Dewan Rakyat, perkiraan kos keseluruhan projek Kereta Api Berkelajuan Tinggi (HSR) Malaysia-Singapura mencecah RM110 bilion. – Sinar

4 thoughts on “Najib Persoal Kecenderungan Kerajaan PH Sering Menggandakan Kos Projek Pembangunan

  • July 19, 2018 at 12:27 am
    Permalink

    “Menteri markup”
    Lepas tu ckp sy kurangkan ni kurangkan tu.. Asal 20billion.. Skrg 40billion..
    Sy jimat 15billion.. Skrg harga 25billion sahaja.. Sy terror.. Toon dan pakatoon terror..?

    Reply
  • July 19, 2018 at 1:48 pm
    Permalink

    duk diam lah…. tak yah sibuk2 nak ajar Tun M …. dah kalah dah lah? apa2 bising 2 lak? pelik…

    Reply
  • July 19, 2018 at 1:49 pm
    Permalink

    cakap apa pun tak laku dah…..!

    Reply
  • July 26, 2018 at 3:55 pm
    Permalink

    tun x pat cakap apa, sebab parti tun x kuat mana….upps

    Reply

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.