Lawan Anwar atau Tidak, Azmin Akan Buat Keputusan Sebelum Hari Pemilihan

KUALA LUMPUR – Timbalan Presiden PKR, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali masih berteka-teki dan enggan menjawab sama ada mahu menentang Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk merebut jawatan Presiden parti itu.

Ketika ditanya pemberita di lobi Parlimen hari ini, Mohamed Azmin berkata, buat masa ini beliau yang juga Menteri Hal Ehwal Ekonomi mahu memberi tumpuan sepenuhnya kepada isu-isu yang dibangkitkan dalam Sidang Dewan Rakyat.

“Saya akan membuat keputusan sebelum hari pemilihan. Ketika ini mahu fokus kepada Sidang Dewan Rakyat kerana banyak soalan kepada kementerian saya perlu dijawab,” katanya.

Sebelum ini beberapa pihak mahu Anwar dicabar bagi merebut jawatan tersebut dan Mohamed Azmin dilihat sebagai calon paling sesuai untuk menandingi Ketua Umum PKR itu.

Pertembungan Anwar-Mohamed Azmin diramalkan berlaku tambahan beberapa laporan menyatakan wujud dua kem dalam PKR iaitu satu diketuai Anwar bersama isterinya, Datuk Seri Dr. Wan Azizah Wan Ismail dan satu lagi dikatakan diketuai gandingan Mohamed Azmin dan Ketua Wanita PKR, Zuraida Kamaruddin. – UTUSAN

One thought on “Lawan Anwar atau Tidak, Azmin Akan Buat Keputusan Sebelum Hari Pemilihan

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.