Video: Jangan Termakan Cerita Negatif Tentang Felda – Mawi

Bangi – Penyanyi terkenal tanah air, Mawi mengingatkan generasi Y agar tidak termakan dengan cerita negatif tentang Felda.

Sebaliknya, beliau mengingatkan mereka agar mengetahui sejarah tentang felda dan perlu bersyukur terhadap usaha yang telah dilakukan sebelum ini.

“Untuk generasi Y, kita kena tahu sejarah jangan kita termakan cerita negatif tentang Felda.

“Benda ini realiti, kalau kita tahu sejarah Felda, sepatutnya kita kena bersyukur dan berterima kasih kepada mereka,”katanya ketika ditemui media petang tadi.

Beliau yang terkenal dengan ungkapan ‘World’ turut menegaskan kepada masyarakat tentang pesanan ayahnya yang berkata bahawa masyarakat perlu bersyukur dengan peningkatan taraf hidup warga Felda .

“Bapak saya selalu cakap, kita dari tak ada tanah sampai kita ada ladang, dulu kita ada ladang sekarang kita dah ada ladang, dulu kita dah ada rumah, sekarang kita dah ada rumah, apa lagi yang kita nak.

“kalau kita sentiasa bersyukur, Inshaallah kita akan rasa cukup.

“Inshaalah kalau kita tanamkan sifat syukur, Inshaallah cukup,”ujarnya.

Dalam pada itu, beliau akan turut terlibat dalam persembahan Expresi Felda Negaraku bersama 16 orang artis lain termasuk Sufian Suhaimi, Que Haidar dan ramai lagi.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.