Video: 17 Artis Serikan Konsert Ekspresi Felda Negaraku

BANGI – Pasti warga Felda yang menghadiri Expresi Felda Negaraku tidak sabar melihat persembahan 17 orang artis yang akan membuat persembahan di malam Expresi Felda Negaraku Sabut ini.

Menurut Timbalan Pengarah Besar Pembanggunan Komuniti Felda, Anuar Malek, sebanyak 32 buah lagu akan dipersembahan oleh barisan artis yang hadir.

Menurut beliau, akan ada kejutan yang mengemparkan warga yang menhadiri malam tersebut.

“17 artis akan menyampaikan 32 buah lagu pada malam Expresi Felda Negaraku bermula jam 9 malam pada 22 hari bulan.

“Inshaallah bermula pada jam 6 petang itu bermula pada rehersal sehingga persembahan malam itu, pasti ada sesuatu yang mengemparkan,”katanya ketika di temui media siang tadi.

Dalam pada itu, beliau menganggarkan seramai 30 ribu orang akan hadir bagi memeriahkan konsert tersebut.

“Kemungkinan pada hari berkenaan, kita anggarkan lebih kurang 30 ribu orang itu jemputan daripada seluruh negara.

“Berkemungkinan angka ini akan bertambah anak-anak felda anak warga tempatan khususnya dari Lembah Klang,” ujarnya.

Untuk konsert ini, beberapa artis ternama tanah air akan membuat persembahan antaranya ialah Sufian Suhaimi, Mawi dan Que Haidar.

 

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.