Ratu Australia Mahu Kikis Prasangka Terhadap Islam

Melbourne – Pemenang pertandingan ratu cantik Miss World Australia 2017, Esma Voloder, berkata, dia mahu menggunakan gelaran berkenaan untuk mengikis prasangka buruk terhadap Islam.

Menurut Agensi, Esma, 25, yang datang ke Australia sebagai pelarian dari Bosnia lebih dua dekad lalu, mahu membuatkan lebih ramai orang memahami prinsip Islam yang sering disalahertikan.

“Kami sekeluarga beragama Islam dan setahu saya apa yang diajar di dalam al-Quran bertentangan dengan keganasan segelintir pihak yang mengaku diri mereka Muslim.

“Orang tidak habis-habis menyalahkan Islam kerana kekejaman yang berlaku sekarang, tetapi hakikatnya yang patut dipersalah dan dipertanggungjawab adalah individu terbabit, bukan Islam.

“Saya berharap dapat menghapuskan salah faham yang membelenggu agama suci ini,” katanya, lapor Metro.

Dia yang datang ke Australia ketika berusia lima bulan dengan keluarganya berkata, pada zaman ini seolah-olah wujud kategori berbeza daripada ajaran al-Quran.

“Saya percaya Islam memperjuangkan keamanan, penyatuan, kemakmuran dan persefahaman,” katanya.

Esma dinobatkan Miss Teen Australia pada 2008 sebelum menyertai beberapa pertandingan ratu cantik lain selain giat dalam bidang fesyen termasuk menjadi pragawati.

Namun dia tidak pernah mengetepikan pendidikan. Dia memiliki ijazah dalam bidang psikologi dan kini bertugas sebagai penganalisis profil penjenayah di Melbourne.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.