Polis Nafi ‘Aksi Terlampau’ Berlaku di Malaysia

SHAH ALAM – Pihak polis menafikan penyebaran gambar, sepasang suami isteri melakukan hubungan seks secara terbuka yang didakwa berlaku di tepi lebuh raya di Changkat Kledang, Jawi, Pulau Pinang.

Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan, Superintendan Shafee Abdul Samad berkata, gambar itu bukan dirakamkan di Pulau Pinang.

“Tempat kejadian seperti dalam gambar itu bukan di Malaysia. Lebuh raya kita tidak ada pagar berwarna hijau dan kedudukan tembok serta kereta juga menunjukkan bukan di dalam negara ini.

“Kita juga tidak menerima sebarang laporan kejadian tersebut dan tidak mengambil keterangan mana-mana pihak termasuk pasangan yang dikatakan tinggal di Jelutong,” katanya, memetik sinar.

Terdahulu, gambar aksi pasangan yang melakukan perbuatan tidak bermoral itu dimuat naik ke sebuah portal berita selepas seorang pembaca mengirimnya melalui emel kerana berang dengan kelakuan terkutuk itu ketika melalui lebuh raya berkenaan.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.