Pengantin Beli Durian Jadi Tular

Pasangan pengantin yang baru melangsungkan perkahwinan menjadi tular di media sosial selepas membeli durian dengan berbaju pengantin.

Tanpa menghiraukan tanggapan orang sekeliling, mereka dengan selambanya berjalan keluar dari kenderaan dan leka memilih durian di sebuah gerai tepi jalan di Taiping, Perak.

“Member seorang ni buat hal. Lepas majlis kahwin boleh lagi pi singgah kedai durian. Hang memang sempoi Hud,” tulis seorang pengguna Twitter @syazwanbasil.

Gambar-gambar itu menarik perhatian netizen dan menyifatkan perkara itu melucukan.

“Awalnya dia mengidam… haha,” tulis @fy499.

“Rare habis ni Wan,” kata @amirfirdaus1218.

Namun, ada juga netizen yang merasakan kisah itu perkara biasa terjadi kepada pasangan pengantin yang baru bersanding, seperti memetik AstroGempak.

“Pengantin lain pun singgah makan durian juga selepas kahwin tapi tak ada orang tangkap gambar, tak ada orang kata mereka sempoi. Ops!”tegas @nrlnsyqnhsna.

Sama juga seperti @shymuhd yang tidak merasakan momen itu luar biasa. Tulisnya; “Apa yang special kejadian ni eh? Aku rasa normal saja.”

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.