Penduduk Terkejut Gajah Muncul Depan Pintu Rumah

KOTA TINGGI – Bukti kehadiran gajah tersebut turut dirakam oleh jiran saya. Pada bulan ini sahaja, sudah enam kali haiwan liar itu menghampiri beberapa kediaman penduduk kampung ini yang terletak di kaki banjaran Gunung Panti,” kata Azman Husin yang merupakan penduduk kampung Lukut.

Terdahulu, Kehadiran beberapa ekor gajah liar yang me­rayau di halaman rumah para penduduk di Kampung Lukut dekat sini yang dikesan sejak beberapa bulan lalu membuatkan peng­huni di perkampungan itu tidak senang duduk.

Jarak Kampung Lukut de­ngan bandar Kota Tinggi kira-kira 11 kilometer.

Menurut Azman, sudah beberapa kali haiwan liar tersebut menghampiri rumahnya antara pukul 9 hingga 12 tengah malam.

Katanya, penduduk sudah pun memanjangkan isu berkenaan kepada­ pihak berkuasa tempatan dengan harapan tindakan sewajarnya dapat diambil segera.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.