Pembangkang Cemburu Kejayaan MRT, Cuba Alih Isu

Semalam tercatat sejarah apabila Transit Aliran Massa (MRT) Fasa Kedua Transit Aliran Massa (MRT) Laluan Sungai Buloh-Kajang (SBK) dilancarkan oleh Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak.

Aliran MRT Sungai Buloh-Kajang sepanjang 51 kilometer itu merupakan ilham Najib sendiri untuk dimanfaatkan oleh 1.2 juta penduduk. Melalui pelaksanaannya, ia dapat mentransformasikan pengangkutan awam negara kepada pengangkutan awam bertaraf dunia yang memberi kebaikan kepada semua masyarakat.

Namun seperti biasa, tatkala Najib mendapat pujian ramai kerana berjaya memberikan kemudahan kepada penduduk, pembangkang yang cemburu dengan kejayaan itu cuba memperlekehkan usaha kerajaan ini.

Mereka tidak boleh menerima hakikat bahawa projek yang dekat di hati Perdana Menteri itu pastinya akan menjadi lonjakan berganda yang dapat memberikan perubahan kepada kehidupan penduduk kota dan keseluruhan rakyat Malaysia.

Seperti biasa suara-suara sumbang pembangkang terus kedengaran. Mereka mendabik dada kononnya mereka boleh membina MRT dengan kos yang lebih murah. Cakap memang mudah, cuba beri pada mereka, belum tentu mereka dapat melakukannya.

Apa yang pasti ia adalah merupakan tindakan terdesak pembangkang yang mengambil kesempatan di atas pelancaran MRT itu bagi meraih perhatian. Mereka sibuk memperkatakan mengenai MRT tetapi terlupa dengan projek-projek kontroversi di negeri ditadbir pembangkang.

Cubalah jenguk di Pulau Pinang, bagaimana projek terowong dasar laut sepanjang 7.2 kilometer yang menghubungkan Persiaran Gurney ke Bagan Ajam di Seberang Perai dan tiga jalan di negeri itu telah mencetuskan banyak persoalan.

Ia menjadi kontroversi termasuk mengenai kos kajian kebolehlaksaannya yang terlalu tinggi selain kaedah pembayaran yang melibatkan pertukaran ta­nah kerajaan negeri serta pelaksa­naannya dibantah penduduk ne­geri yang bimbang dengan impak ekonomi, sosial dan alam sekitar.

Banyak `misteri’ yang berlaku tetapi apa yang Rafizi Ramli dan pemimpin pembangkang lain buat? Mana suara mereka.

Kononnya Malaysia sebuah negara bankrap, tetapi MRT mampu pula dibina….hairan.

Untuk rekod, aluan SBK yang merangkumi laluan sejauh 51 kilometer itu akan memberi kemudahan akses lebih baik kepada pengguna, malah dijangka dapat menampung 150,000 penumpang sehari berbanding bilangan semasa iaitu 15,000 penumpang.

Setiap tren yang melalui Sungai Buloh-Kajang mempunyai empat gerabak dan dapat memuatkan 1,200 penumpang bagi setiap operasi, justeru dianggarkan kira-kira 400,000 penumpang menaikinya dalam sehari berikutan operasi berjalan pada kekerapan 3.5 minit.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.