Malaysia Tidak Akan Lupakan Tragedi MH17 – PM Najib

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak mengucapkan salam takziah mengenang tiga tahun selepas tragedi MH17 yang ditembak jatuh di Timur Ukraine pada 17 Julai 2014.

Menerusi laman Facebooknya, Najib menegaskan bahawa insiden ini kekal sebagai keutamaan Malaysia dalam mencari pelaku yang bertanggungjawab.

“Salam takziah, doa dan ingatan buat mangsa dan ahli keluarga yang terlibat dalam tragedi MH17 ini terutama kepada 43 rakyat Malaysia yang berada dalam pesawat tersebut.

“Memori mangsa-mangsa ini akan terus ‘hidup’ dalam ingatan insan tersayang mereka,”tulisnya.

Sehubungan itu menurutnya, Malaysia akan terus berusaha keras dalam mencari pelaku bertanggungjawab untuk dibawa ke muka pengadilan.

“Tragedi ini bukanlah sesuatu yang mudah untuk dilupakan buat negara,” tulisnya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.