Lelaki Alami Kesakitan Selepas 15 Jarum Jahitan Berada Dalam Alat Sulit

GILA…seorang lelaki terpaksa dikejarkan ke hospital selepas memasukkan 15 jarum jahitan ke dalam alat sulitnya. Dia berbuat demikian sejak setahun lalu dan hanya mendapatkan rawatan selepas mengalami kesakitan.

Selain itu kencingnya juga berdarah.

Lelaki bujang berusia 35 tahun itu dimasukkan ke hospital di Liaoning, China. Diktor mengambil masa selama sejam setengah untuk mengeluarkan jarum-jarum sepanjang lima ke 10 sentimeter.

Menurut Dr. Cao Zhiqiang, lelaki itu mendedahkan pada mulanya dia tidak mengalami kesakitan namun selepas 15 jarum berada dalam alat sulitnya barulah dia mengalami kesakitan.

“Saya berpeluh dan tangan saya menggeletar apabila pembedahan berakhir. Ia bukannya sesuatu yang mudah,” kata Dr. Cao.

Lelaki itu dikatakan cuba mencari keseronokan melalui kaedah yang sangat luar biasa tanpa mengambil kira keselamatannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.