Kareena Kapoor Dikecam Tinggalkan Anak Demi Ke Gim

KUALA LUMPUR – Timbul khabar angin mengatakan aktres Bollywood, Kareena Kapoor mula meninggalkan bayi sulungnya di rumah untuk melakukan aktiviti bagi mengembalikan kecantikan dan kelangsingan tubuhnya.

Apa pun, perkara itu dinafikannya dan beranggapan, dia melakukan sesuatu yang perlu dilakukan oleh setiap wanita yang bergelar ibu.

“Berat badan meningkat selepas melahirkan anak itu adalah sesuatu yang normal bagi seorang ibu.

“Saya sendiri tidak pernah merasa tertekan dengan perkara itu dan pergi ke gim untuk mengembalikan tubuh badan adalah sesuatu yang baik untuk diri saya,” katanya, seperti memetik Utusan.

Tambah Kapoor lagi ramai yang memberi tanggapan negatif kerana dia meninggalkan anaknya di rumah untuk pergi ke gim.

“Memiliki anak bukan alasan bagi seorang ibu untuk tidak tampil cantik seperti sebelum ini. Itu sesuatu penting bagi wanita.

“Malah, jika tubuh kita sihat, mental pun akan sihat sekaligus memberi impak positif bukan sahaja pada diri, tetapi juga keluarga,” jelasnya.

Dalam pada itu, Karisma mengakui dia sedikit pun tidak pernah tertekan untuk menurunkan berat badan dengan segera.

Berbicara mengenai kehidupan dia membesarkan anaknya, Taimur, dia sepakat bersama suaminya Saif Ali Khan, untuk lebih melindungi kehidupan anaknya.

“Taimur adalah kanak-kanak yang normal. Jadi mengapa ada pihak yang perlu memperlakukan dia seperti seolah-olah tidak normal untuk mengambil gambar dan sebagainya,” katanya.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.