Drama ‘Coffee Prince’ Terus Kecoh

KUALA LUMPUR: Rancangan syarikat produksi, Cube Film, menerbitkan drama Coffee Prince yang diadaptasi daripada drama Korea Selatan popular dan pernah disiarkan di Malaysia, terus dibantah netizen.

Paling diperkatakan sudah pasti cadangan penerbit menggandingkan bintang kacak, Fattah Amin dan Janna Nick sebagai teraju utama.

Malah, netizen menggerakkan petisyen melalui laman web Gopetition bagi menyatakan bantahan terhadap Fattah.

Sebelum ini, apabila nama bintang Hero Seorang Cinderella (HSC) itu disebut-sebut memegang watak utama atau mengikut naskhah asal dikenali sebagai Choi Han Gyul, ramai netizen tidak bersetuju.

Mereka mendakwa sudah bosan dan muak melihat aksi ‘kayu’ pemenang trofi Bintang Paling Popular, Anugerah Bintang Popular BH (ABPBH) 3.0 itu.

BH Online cuba mendapatkan pemilik Cube Film, Michael Ang, berhubung kontroversi pembikinan drama berkenaan.

Bagaimanapun, Ang yang bakal mengarah naskhah terbabit, enggan mengulas.

“No comment (tiada komen),” katanya ringkas.

Dalam perkembangan sama, beberapa nama dicadangkan netizen termasuk pelakon meningkat naik, Alvin Chong bagi memegang watak utama drama romantik itu.

Rata-rata netizen tidak mempunyai masalah dengan cadangan penerbit mendapatkan Janna sebagai heroin drama berkenaan.-Bharian

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.