DAP Terima Surat Rasmi ROS Adakan pemilihan Baharu

SHAH ALAM – DAP telah menerima surat rasmi daripada Pendaftar Pertubuhan (ROS) supaya parti itu mengadakan pemilihan baharu bagi Jawatankuasa Eksekutif Pusat (CEC), pagi semalam.

Menerusi Facebook, Ketua Biro Perundangan Kebangsaan DAP, Gobind Singh Deo berkata DAP menerima pemberitahuan rasmi keputusan daripada ROS melalui surat pada pagi ini (semalam).

“CEC akan bertemu Rabu ini untuk bincang kandungannya. Kenyataan rasmi akan dikeluarkan selepas itu,” katanya, seperti memetik Sinar.

Pada 7 Julai lalu, ROS dalam kenyataan media berkata, pelantikan anggota CEC dan pemegang jawatan utama dalam DAP melalui pemilihan semula yang diadakan pada 29 September 2013 adalah tidak sah di sisi undang-undang.

Pemilihan semula itu sepatutnya berdasarkan kepada senarai perwakilan yang berhak hadir dan mengundi dalam pemilihan CEC pada 15 Disember 2012, membabitkan 2,576 perwakilan dari 865 bahagian.

Ini kerana hanya anggota CEC yang sah dan diiktiraf boleh melantik individu ke jawatan utama, menurut Akta Pertubuhan 1966 dan perlembagaan DAP.

Susulan pengumuman itu, DAP mengadakan sidang media mengumumkan ia tidak akan mengadakan pemilihan baharu, tetapi mahu bertemu ROS.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.