Cabaran Pada Generasi Baru Felda Tepis Dakyah Pembangkang

Bulan depan adalah hari kemerdekaan negara. Sesungguhnya kemerdekaan dan Felda berkait rapat apatah lagi Felda ditubuhkan setahun sebelum merdeka untuk manafaat rakyat di negara ini.

Pembangunan Felda ketika itu menunjukkan bahawa pemimpin terdahulu telah merencanakan penubuhan institusi itu dengan penuh komitmen dalam usaha membantu membasmi kemiskinan melalui penanaman tanaman minyak sawit dan getah.

Felda ditubuhkan pada 1 Julai 1956 di bawah Ordinan Kemajuan Tanah 1956.

Hakikatnya banyak negara yang cuba membangunkan agensi mereka sama seperti Felda namun ia tidak membuahkan hasil. Justeru bagi generasi baru, mereka berdepan dengan cabaran kerana golongan ini tidak menghadapi kesusahan seperti yang dialami oleh ibu bapa mereka terdahulu.

Dalam hal ini, adalah lebih penting bagi semua pihak untuk mempertahankan Felda kerana itulah agensi yang menjamin kehidupan selain mempertahankan kerajaan yang mewujudkannya.

Tidak dinafikan pada masa ini, Felda menjadi sasaran pembangkang, apatah lagi ketika musim pilihan raya yang semakin hampir ini.

Berdasarkan rekod, beberapa pemimpin pembangkang telah diarahkan membayar ganti rugi kepada Felda setelah mahkamah mendapati mereka memfitnah agensi tersebut.

Pada 13 Februari lalu, Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur memerintahkan Presiden PKR, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail dan dua tertuduh yang lain membayar ganti rugi RM70,000 kepada Felda dan Felda Global Venture Holdings Sdn Bhd (FGVH) berhubung artikel berunsur fitnah pada 2010.

Pada 21 April 2014, bekas Setiausaha Agung PKR Datuk Saifuddin Nasution Ismail juga berdepan saman fitnah oleh Felda, namun kes itu diselesaikan secara baik.

Apa yang penting jangan terpengaruh dengan pembangkang kerana mereka ketika ini cuba memancing undi peneroka. Mereka menawarkan kononnya pelan resolusi pemulihan Felda.

Hakikatnya ia adalah retorik politik pembangkang semata-mata.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.