Arab Saudi Siasat Video Wanita Pakai Skirt Pendek

Pihak berkuasa Arab Saudi sedang mengesan seorang wanita yang dirakamkan berjalan di tempat umum dengan memakai skirt pendek dan baju yang singkat hingga menampakkan bahagian perutnya.

Wanita itu diketahui merupakan seorang model bernama “Khulood” dan klip video berkenaan menunjukkan dia sedang berjalan-jalan di sekitar pelabuhan bersejarah Ushayqir.

Ushayqir yang terletak kira-kira 154 kilometer dari Riyadh adalah salah satu wilayah paling konservatif di Arab Saudi.

Video itu mencetuskan perdebatan hangat dengan ramai yang menggesa supaya dia ditangkap kerana melanggar aturan berpakaian yang ditetapkan.

Dalam pada itu, polis telah memaklumkan menerusi Twitter bahawa mereka telah mengetahui mengenai video terbabit.

Golongan wanita di Arab Saudi dikehendaki untuk mengenakan ‘abaya’, sejenis pakaian longgar dan panjang serta perlu bertudung.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.