Afdlin Shauki Kumpul Saham Akhirat

KUALA LUMPUR – Pelakon, pelawak dan penerbit, Afdlin Shauki mengumumkan penubuhan Yayasan Afdlin Shauki (YAS) yang bertujuan bagi merealisasikan misi kemanusiaan di dalam dan luar negara.

Afdlin memberitahu, penubuhan YAS ini dilaksanakan selepas bekerjasama dengan pelbagai yayasan lain dalam membantu gelandangan, anak yatim, pesakit kronik dan orang kurang upaya.

“Saya terpanggil untuk menubuhkan yayasan ini kerana percaya hidup ini bukan untuk diri kita sendiri sahaja. Jika kita saling membantu nescaya hidup kita akan lebih kuat dan menjadi insan yang hebat di mata dunia.

“Selebihnya, ia juga merupakan salah satu saham akhirat saya di dunia, Insya Allah,” katanya pada sidang media pelancaran YAS di Planet Comedy, seperti memetik Utusan.

Sementara itu, YAS yang ditubuhkan pasa 28 Disember 2015 turut mempunyai tiga orang pemegang amanah yang dipertanggungjawabkan iaitu Azrin Ahmad Kadri, Noradymam Md Sulaiman dan Aizam Syamsul Aksan.

“Sepanjang tempoh penubuhan kami sudah menjayakan lapan aktiviti sosial termasuk di Palestin, Jordan, Lubnan, Kuala Lumpur dan Kelantan.

“Bagi mereka yang ingin menyumbang bantuan kewangan boleh disalurkan kepada akaun Maybank YAS bernombor 564810516713.

“Kami juga turut membuka peluang kepada masyrakat untuk menjadi sukarelawan,” katanya. 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.