Video : RUU Hadi Syok Sendiri, Buat Orang Bukan Islam Jauhi Pas -Khalid Samad

KUALA LUMPUR – Orang bukan Islam yang dahulunya menyokong Pas kini tidak mahu lagi menyokong parti itu kerana usul persendirian mengenai rang undang-undang baru (RUU) Akta 355, yang dibawa oleh Presiden Pas, Abdul Hadi Awang, kata Pengarah Komunikasi Amanah, Khalid Samad.

 

Beliau berkata, Ahli Parlimen Marang itu seolah-olah tidak nampak bahawa pendekatan untuk melaksanakan Akta 355 membuatkan lebih ramai orang bukan Islam menolak parti itu.

 

 

“Seolah-olahnya dia (Abdul Hadi) tidak nampak orang bukan Islam semakin menolak PAS bukan sama seperti arwah Datuk Nik Abdul Aziz dahulu, dimana orang bukan Islam ingin mendekati PAS. Sekarang, kalau kita lihat sokongan di Kuala Kangsar dan Sungai besar beberapa puluh peratus sahaja.

 

“Tapi kalau dia (Abdul Hadi) nak syok sendiri, apa yang dibuat semuanya betul seolah-olah ia wahyu dan ditentukan oleh Allah, saya nak komen apa?,”katanya.

 

Tambahnya, Abdul Hadi seharusnya lebih mengetahui langkah yang diambil samada ia boleh merosakkan atau demi memulihkan parti tersebut.

 

Sebelum ini, Akta 355 yang diusulkan tidak melibatkan masyarakat bukan Islam di negara ini. Usul itu bagi meminda Akta 355 yang dibentangkan Abdul Hadi di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu.

 

Terdahulu, Abdul Hadi melahirkan rasa hairan apabila RUU itu ditentang oleh bukan Islam serta segelintir pemimpin Islam.

 

RUU berkenaan mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk DAP serta parti komponen Barisan Nasional seperti MIC dan MCA meskipun ia hanya tertakluk kepada Mahkamah Syariah sekaligus tidak melibatkan orang bukan Islam. – SuaraTV

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.