Nenek Berusia 71 Tahun kahwini Remaja 17 Tahun

AMERIKA SYARIKAT – Gara-gara berkenalan selama tiga minggu pada Oktober lalu, sorang warga emas berusia 72 tahun diaporkan telah mendirikan rumah tangga dengan emaja berusia 17 tahun.

 

Warga emas tersebut, Almeda Errell dan suaminya, Gary Hardwick hanya berbelanja sebanyak RM792, satu majlis ringkas telah diadakan oleh pasangan tersebut.

 

Pertemuan mereka bermula ketika bertemu di satu majlis pengebumian anak lelaki Almeda yang meninggal akibat sawan.

 

“Saya bukan mencari lelaki muda tapi Gary muncul dan saya yakin dialah orang yang sesuai untuk saya,” katanya seperti lapor Dailymail.

 

Sebelum ini, Almeda dikatakan mendirikan dengan suami pertamanya selama 43 tahun namun berakhir setelah suaminya meninggal dunia akibat daripada Diabetes.

 

berkahwin dengan suami pertamanya, Donal yang meninggal pada 2013 akibat diabetes selama 43 tahun.

 

Dalam pada itu, Gary memiliki ibu berusia 48 tahun dan nenek yang sama usia dengan Almeda dikatakan berminat dengan wanita yang lebih berusia dan beliau pernah menjalinkan hubungan dengan wanita berusia 77 tahun.

 

Keputusan pasangan tersebut untuk mendirikan rumah tangga disifatkan sebagai gila oleh masyarakat setempat gara-gara perbezaan umur yang jauh.

 

Ketika isu umur ini dibangkitkan, Amelda menyifatkan ianya hanya angka.

 

Pasangan tersebut kini menetap di kediaman Almeda bersama anak perempuannya berumur 40 tahun dan cucu-cucunya.

 

Tindakan pasangan ini untuk berkahwin turut tidak dipersetujui oleh sebilangan ahli keluarga Almeda kerana menyifatkan Gary masih remaja dan terlalu muda untuk Almeda.

 

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.