Najib, Lee Tandatangani MoU Projek Keretapi Laju

KUALA LUMPUR – Malaysia dan Singapura bakal menandatangani Perjanjian Persefahaman (MoU) projek rel berkelajuan tinggi yang menghubungkan Kuala Lumpur dan Singapura, esok.

 

MoU yang dijangka diadakan di Seri Perdana, Putrajaya sempena kunjungan sehari Lee Hsien Loong ke Malaysia itu merupakan projek rel yang melibatkan laluan sepanjang 350 kilometer.

 

Sehubungan itu, pembinaan projek yang mempunyai terminal di Bandar Malaysia dan berakhir di Jurong East itu akan memendekkan tempoh perjalanan dari Kuala Lumpur ke Singapura kepada 90 minit.

 

Projek landasan berkembar itu akan mempunyai lima stesen transit iaitu di Seremban, Ayer Keroh, Muar, Batu Pahat dan Iskandar Puteri.

 

Selain itu, Datuk Seri Najib Tun Razak turut membincangkan isu-isu dua hala yang berkepentingan bersama.

 

Terdahulu, Singapura merupakan rakan dagangan kedua terbesar Malaysia di peringkat global dan terbesar di ASEAN pada tahun lalu dengan jumlah RM190.6 bilion.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.