Video : Mara Sasar 2 Juta Usahawan Bumiputera

KUALA LUMPUR – Sejak MARA diwujudkan pada tahun 1966, kini sudah melahirkan 1 juta usahawan Bumiputera hasil daripada pinjaman dan bantuan dalam menghasilkan pencapaian tersebut kata Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob.

 

Beliau berkata, langkah itu akan berterusan selepas 50 tahun penubuhan badan itu, dan akan terus mensasarkan seramai 2 juta usahawan bumiputera pada masa akan datang.

 

“Kita gandakan sasaran itu, kepada sekali ganda bagi pencapaian yang berterusan,”katanya ketika ditemui pada sidang media pada majlis perasmian bangunan kampus UniKL Business School di Jalan Gurney, hari ini.

 

Tambahnya, MARA akan terus menyokong usahawan-usahawan muda bergelar graduan daripada institusi pengajian tinggi di bawahnya agar terus berkembang maju menjadi usahawan berjaya.
Katanya, bantuan dari segi kewangan akan diberikan bagi membimbing graduan tersebut sehingga mereka dapat berdikari.
“Memang MARA bantu dari segi kewangan tetapi mereka akan diberi sokongan serta latihan berterusan termasuklah khidmat nasihat.
Tambahnya, pihaknya tidak akan membiarkan graduan tersebut terbiar selepas menamatkan pengajian kerana graduan tersebut sangat berkebolehan dan kreatif dalam menghasilkan produk.
Difahamkan, segelintir produk tersebut telah pun memasuki pasaran terbuka seperti di pasaraya dalam dan luar negara.
“Ini adalah pencapaian yang amat membanggakan dan sewajarnya mereka ini terus dibimbing agar lebih berjaya dalam dunia perniagaan,” ujarnya.-SuaraTV

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.