Lapangan Terbang Pulau Pinang Dilanda Banjir Kilat

BAYAN LEPAS – Hujan lebat menyebabkan Lapangan Terbang Antarabangsa Pulau Pinang (LTAPP) dilanda banjir kilat, petang tadi.

 

Tingkat bawah LTAAP yang menempatkan balai ketibaan dilapor dimasuki air dari sistem perparitan yang melimpah kira-kira jam 4 petang, susulan hujan lebat yang melanda sejak semalam.

 

Keadaan menyebabkan kesesakan teruk di LTAPP apabila penumpang yang baharu tiba terpaksa naik ke balai pelepasan selepas laluan masuk ke balai ketibaan tidak dapat dimasuki kenderaan ringan.

 

Keadaan bagaimanapun dilaporkan terkawal dan air mulai surut ketika ini. – BH

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.