CIMB Turun Kadar Faedah Pinjaman

KUALA LUMPUR – Kumpulan CIMB mengurangkan kadar asas (BR) sebanyak 20 mata asas (0.20%) ke atas produk pinjaman/pembiayaan bagi perniagaannya di Malaysia susulan penurunan kadar dasar semalaman (OPR) oleh Bank Negara Malaysia (BNM) baru-baru ini.

 

BR CIMB akan dikurangkan kepada 3.9% berbanding 4.1% manakala kadar asas pinjaman/pembiayaan (BLR/BFR) dikurangkan kepada 6.75% berbanding 6.95%, berkuat kuasa 22 Julai, 2016.

 

Oleh itu semua pinjaman/pembiayaan yang ditambat kepada BR/BLR/BFR, akan diselaraskan.

 

Selari dengan perubahan ini, kadar deposit CIMB akan disemak turun sebanyak 20 mata asas, kata CIMB dalam satu kenyataan.

 

Keputusan BNM menurunkan OPR tepat dan strategik berdasarkan kedudukan semasa yang dihadapi oleh ekonomi domestik disebabkan kemungkinan kesan limpahan ketidaktentuan dunia, kata Ketua Pegawai Eksekutif Kumpulan CIMB Tengku Datuk Seri Zafrul Aziz said.

 

“Kami menyambut baik dasar monetari yang akomodatif ini, yang menggalakkan peminjam dengan pengguna untuk meningkatkan prospek dan bergerak ke hadapan.

 

“Penurunan ini juga akan mengurangkan risiko ketidakseimbangan luaran selari dengan penurunan kadar faedah global secara umumnya,” katanya. – BERNAMA

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.