Amanah Ajak Tuan Ibrahim Tinggalkan PAS

Sudah tiba masanya, bagi Timbalan Presiden PAS Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man dan sahabatnya termasuk naib presidennya Datuk Iskandar Abd Samad meninggalkan parti itu.

 

Ini kerana menurut Pengarah Komunikasi Parti Amanah Negara (AMANAH), Khalid Samad selepas mereka bersikap berbeza dan jika PAS tidak lagi sudi atau mampu membawa mesej Islam sebagai ‘rahmatal-lil-’aalamin.

 

“Pilihlah dari parti-parti yang ada di dalam Pakatan Harapan sebagai wadah baharu tuan-tuan untuk meneruskan perjuangan selama ini. Yang penting adalah risalah dan perjuangan, bukan jemaah.

 

“Tidak semestinya Tuan Ibrahim dan rakan-rakan bersama AMANAH. Jika difikirkan bahawa AMANAH tidak sesuai dan mempunyai kelemahan-kelemahan tertentu, itu terpulang kepada pernilaian mereka.

 

“Kami tidak pernah mendakwa hanya AMANAH yang mampu membawa perjuangan Islam atau hanya kami sahaja Islam,” katanya dalam kenyataan hari ini.

 

Sebelum ini Tuan Ibrahim menyeru “gencatan senjata” sesama pembangkang dan menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN.

 

Sebelum ini Tuan Ibrahim menyeru “gencatan senjata” sesama pembangkang dan menggembleng tenaga bersama untuk menumbangkan BN. – Mkini

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.