Abdul Hadi Sedia Bahas RUU Akta 355

KUALA LUMPUR – Ahli Parlimen Marang, Datuk Seri Abdul Hadi Awang bersedia membahaskan Rang (Undang-Undang RUU) bagi meminda Akta 355 (Bidang Kuasa Mahkamah Syariah) Dewan Rakyat pada Oktober ini.

Beliau berkata, akan melakukan persediaan rapi bagi perbahasan tersebut sekali gus mendapatkan sokongan padu daripada pertubuhan bukan kerajaan (NGO) Islam.
 

“RUU Akta 355 sebenarnya adalah tuntutan agama Islam dan bukan tuntutan Pas semata-mata. Ia bukan permainan politik tetapi tanggungjawab politik dan agama yang perlu dilaksanakan.
 

“Tuntutan ini adalah hak orang Islam dan tidak bercanggah dengan Perlembagaan,” katanya pada sidang media Majlis Himpunan NGO-NGO Islam sempena Hari Raya Aidilfitri di Pusat Islam di sini.
 

Turut hadir di majlis itu, 65 pemimpin NGO Islam memberi respon negatif terhadap RUU itu.
 

Sebelum itu, menerusi ucapannya, Abdul Hadi melahirkan rasa hairan apabila RUU itu ditentang oleh bukan Islam serta segelintir pemimpin Islam.

 

Terdahulu, usul itu bagi meminda Akta 355 yang dibentangkan Abdul Hadi di Dewan Rakyat pada 26 Mei lalu.
 

Bagaimanapun, RUU berkenaan mendapat bantahan daripada pelbagai pihak termasuk parti-parti komponen Barisan Nasional seperti MIC dan MCA meskipun ia hanya tertakluk kepada Mahkamah Syariah sekaligus tidak melibatkan orang bukan Islam.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.