Video : Presiden Ukraine Nafi Tenteranya Tembak Mana-Mana Pesawat

Kiev (Ukraine) – Presiden Ukraine, Petro Poroshenko menyatakan pihak tentera negaranya tidak menembak sebarang sasaran di udara selepas pesawat Malaysia Airlines dilaporkan terhempas di sempadan negaranya dengan Rusia semalam.

“Kami tidak menafikan kemungkinan pesawat itu ditembak jatuh dan kami ingin menekankan yang Pasukan Tentera Ukraine tidak mengambil sebarang tindakan ke atas mana-mana sasaran udara.

“Kami yakin pihak yang bersalah dalam tragedi itu akan dipertanggungjawabkan atas tindakan mereka,” katanya seperti dilaporkan agensi media antarabangsa hari ini.

Seorang pesawai Ukraine sebelum ini menyatakan pesawat dengan 295 penumpang dan krew itu dipercayai ditembak oleh peluru berpandu di sebuah bandar di timur negara itu.

Malaysia Airlines turut mengesahkan mengenai kehilangan pesawat MH17 dari Amsterdam tersebut selepas ia berlepas pada pukul 12.15 tengahari (GMT).

Penasihat kepada menteri dalam negeri, Anton Gerashenko dalam facebooknya berkata, pesawat itu dipercayai ditembak dari pelancar Buk ketika ia sedang terbang pada ketinggian 10,000 meter.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.