Najib Terkejut Dengan Laporan Pesawat MAS Terhempas

Kuala Lumpur – Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak terkejut dengan laporan bahawa penerbangan Malaysian Airlines (MAS) pesawat MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur dilaporkan terhempas.

“Saya terkejut dengan laporan bahawa pesawat MH terhempas. Kami sedang melancarkan siasatan segera (mengenai laporan itu), ” katanya dalam tweet terbarunya hari ini.

Sebuah agensi berita antarabangsa telah melaporkan bahawa sebuah pesawat penumpang Malaysia telah terhempas di Ukraine, berdekatan dengan sempadan Rusia hari ini.

MAS dalam tweet terbarunya, menyatakan pihaknya telah terputus hubungan dengan pesawat tersebut dan kedudukan terakhir pesawat itu adalah di ruang udara Ukraine.

Menurut agensi berita antarabangsa, pesawat itu membawa 295 penumpang dan anak kapal.

Syarikat Malaysia Airlines (MAS) sebelum ini memaklukan telah terputus hubungan dengan pesawat Penerbangan MH17 dari Amsterdam ke Kuala Lumpur yang dilaporkan terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia pada Khamis.

MAS dalam tweet terbaharunya berkata kedudukan terakhir pesawat itu adalah di ruang udara Ukraine.

“Butiran lanjut akan menyusul,” katanya.

Sementara itu, jurucakap MAS berkata syarikat penerbangan itu tidak dapat mengesahkan laporan agensi berita antarabangsa mengenai insiden itu dan masih menyiasat perkara berkenaan.

“Sebaik kita mendapat butiran lanjut, kami akan memaklumkan kepada media,” katanya.

Agensi berita antarabangsa melaporkan sebuah pesawat Malaysia yang membawa 295 penumpang terhempas di Ukraine berhampiran sempadan Rusia.

Ia berkata pesawat Boeing itu dalam penerbangan dari Amsterdam ke Kuala Lumpur.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

This site uses Akismet to reduce spam. Learn how your comment data is processed.